Ancaman militan Abu Sayyaf masih tinggi dan serangan kumpulan itu boleh berlaku setiap hari dan pada bila-bila masa sahaja. Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata penyusunan dan penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, ESSCOM akan diperkasa. Penyusunan dan penstrukturan itu akan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Beliau menambah ESSCom perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang ancaman yang diterima dan tidak leka ketika menjalankan penugasan operasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini