Ethiopia mengisytiharkan perintah darurat di seluruh negara itu semalam dan mengarahkan penduduk Addis Ababa bersiap sedia untuk mempertahankan kawasan perumahan mereka.

Ini berikutan kebimbangan pemberontak Barisan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF) yang menentang kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Abiy Ahmed sedang menuju ke ibu negara itu.

Syarikat media kerajaan, Fana Broadcasting Corporate melaporkan, perintah darurat bertujuan melindungi orang awam daripada kekejaman kumpulan TPLF di negara itu.

Sekatan yang mungkin dikenakan termasuk perintah berkurung, penutupan jalan dan penggeledahan kediaman individu bekerjasama dengan pemberontak. Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa pihak bertelagah berhenti berperang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini