Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui satu kenyataan media memberi penjelasan berhubung isu etika berpakaian yang tular ekoran rasa tidak puas hati pelanggan yang berurusan di Jabatan Kerajaan.

Ketua Pengarahnya, Dato’ Seri Mohd Shafiq bin Abdullah berkata, penetapan etika berpakaian itu adalah bersesuaian dengan budaya berbilang bangsa di Malaysia dan ianya dapat mencerminkan ketertiban dalam urusan rasmi Kerajaan.

Beliau turut memaklumkan, Keluarga Malaysia kini digalakkan berurusan secara dalam talian melalui aplikasi atau portal yang telah disediakan oleh kerajaan.

Ia diyakini dapat mempercepatkan akses terhadap perkhidmatan yang disediakan selain dapat mengurangkan karenah birokrasi. Terdapat 389 platform perkhidmatan secara dalam talian yang telah dibangunkan oleh Kerajaan.

Ini termasuklah portal MyGovernment dan satu Gerbang Rasmi Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (GOS Gateway).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini