Kesatuan Eropah (EU) dalam satu kenyataan memaklumkan akan mengiktiraf sijil vaksin COVID-19 dari empat lagi negara. Negara itu adalah Georgia, Moldova, New Zealand dan Serbia. Kenyataan itu menyebut, empat negara tersebut akan disambungkan kepada sistem Sijil COVID Digital EU bermula hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Eropah Didier Reynders berkata dengan keputusan itu, 49 negara dan wilayah di lima benua sudah dimasukkan di bawah sistem pensijilan digital tersebut, setakat ini. Vaksin COVID-19 yang diluluskan di EU ialah Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca dan Johnson & Johnson.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini