Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa menandatangani perjanjian membeli 110,000 dos vaksin bagi memerangi wabak cacar monyet.

Vaksin berkenaan diperoleh dari syarikat farmaseutikal Denmark iaitu, Bavarian Nordic.

Penghantarannya akan bermula segera dalam tempoh sebulan.

Dianggarkan 900 kes cacar monyet telah dilaporkan di 19 negara EU.

Norway dan Iceland yang bukan ahli EU juga akan menerima vaksin berkenaan.

Beberapa ahli EU seperti Jerman dan Sepanyol telah membuat tempahan mereka sendiri.

Ketika ini, vaksin Bavarian Nordic telah mendapat pengesahan daripada EU bagi cacar yang hampir sama dengan virus berkenaan dan bukannya cacar monyet.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini