Kesatuan Eropah (EU) sedang berusaha memusatkan pembelian vaksin serta rawatan cacar monyet yang semakin menular.

Suruhanjaya Eropah memaklumkan, persetujuan terhadap perincian berhubung perkara itu dijangka dicapai dalam tempoh beberapa hari lagi.

Usaha tersebut dilakukan melalui Pihak Berkuasa Kesiapsiagaan dan Kecemasan Kesihatan (HERA) di bawah suruhanjaya berkenaan.

Jurucakap suruhanjaya itu bagi isu kesihatan, Stefan De Keersmaecker, berkata HERA sedang bekerjasama dengan negara anggota dan pihak pengeluar untuk mendapatkan vaksin serta terapeutik bagi cacar monyet.

Ia susulan dakwaan penularan semasa cacar monyet melebihi 200 kes di seluruh dunia, setakat ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini