Kesatuan Eropah (EU) wajar pertimbang mewajibkan suntikan vaksin kepada penduduknya.

Menurut Pesuruhjaya Ursula Von der Leyen, keperluan berkenaan, susulan penemuan varian baharu COVID-19, Omicron.

Namun jelasnya cadangan itu masih memerlukan perbincangan dan pendekatan sama.

Austria, antara negara yang mewajibkan suntikan vaksin sejak Februari lalu.

Sementara Greece mengenakan denda 85 Euro sebulan kepada individu yang enggan divaksin.

EU mengambil langkah mengetatkan larangan perjalanan sejak varian Omicron dikesan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini