Kesatuan Eropah (EU) menyambut baik langkah Malaysia untuk memansuhkan hukuman mati mandatori. EU turut menyifatkan ia sebagai langkah penting ke arah penamatan sepenuhnya hukuman mati selari dengan trend dunia.

Jurucakap EU bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan, Nabila Massrali berkata, pihaknya menantikan transformasi segera keputusan itu kepada undang-undang oleh kerajaan Malaysia.

EU akan terus berusaha untuk memansuhkan hukuman mati di beberapa negara yang masih melaksanakannya.    

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini