Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) bersetuju mengurangkan jumlah pembelian minyak dari Rusia sebanyak 90 peratus.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, mengumumkan sekatan terbaharu itu menyatakan langkah efektif itu akan dilaksana menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Presiden Majlis Eropah, Charles Michel ketika mengulas perkara sama berkata, langkah itu memberi kesan terhadap lebih dua pertiga import bahan api
berkenaan.

Sekaligus menjejaskan dana pembiayaan perang terbesar Moscow.

Dan Presiden Ukraine, Volodymy Zelensky pula menyifatkan perpaduan teguh antara negara kesatuan adalah kaedah paling berkesan untuk berdepan Russia, sambil menekankan Kyiv menunjukkan betapa pentingnya perpaduan semasa memerangi pencerobohan Russia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini