Kesatuan Eropah (EU) sepakat untuk mengenakan hukuman ke atas Moscow.

Fokusnya melaksanakan sekatan lebih teruk dengan menyasarkan sektor kewangan, tenaga dan pengangkutan.

Persetujuan dicapai menerusi sidang kemuncak tergempar yang antara lain turut setuju melaksana sekatan lanjut yang bakal mengakibatkan kesan lebih besar kepada Rusia.

Sekatan meliputi sektor kewangan, tenaga dan pengangkutan, barangan dwiguna serta pembiayaan eksport dan eksport, dasar visa.

Pada masa sama menambah lebih ramai individu Rusia ke EU dalam larangan perjalanan dan senarai pembekuan aset.

Sekatan akan berkuat kuasa sebaik sahaja rangka undang-undang disediakan dan diluluskan secara rasmi oleh Menteri Luar negara anggota serta diterbitkan dalam jurnal rasmi EU.

Ia dijangka berkuat kuasa seawal hari ini atau esok selain pemimpin EU akan membincangkan usaha untuk meningkatkan sokongan politik, ekonomi dan kemanusiaan terhadap Ukraine.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini