Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton bakal melakar sejarah tersendiri sekiranya dia berjaya merangkul gelaran dunia Formula One buat kali kelapan pada saingan penutup musim Grand Prix Abu Dhabi hujung minggu ini.

Namun, Hamilton terlebih dahulu perlu menewaskan pencabar utamanya, Max Verstappen dari pasukan Red Bull yang mempamer prestasi menakjubkan sepanjang kempen musim 2021.

Hamilton berjaya mengejar kedudukan Verstappen dengan terikat 369.5 mata selepas menjuarai GP Arab Saudi minggu lalu.

Pemandu berusia 36 tahun dari Britain itu dilabel sebagai pelumba paling berjaya dalam F-One selepas menyamai pencapaian 7 kejuaraan dunia milik Michael Schumacher.

Sementara Verstappen pula tidak kurang hebatnya apabila pernah mencatat rekod sebagai pemandu F-One muda terbaik.

Pelumba kelahiran Belanda itu mula menunjukkan potensi sebenarnya musim ini apabila berjaya memenangi 9 perlumbaan musim ini berbanding hamilton 8 perlumbaan.

Jika kedua-duanya gagal menamatkan perlumbaan di Litar Yas Marina nanti, gelaran juara musim ini bakal menjadi milik Verstappen berdasarkan jumlah kemenangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini