Max Verstappen memperoleh kelebihan besar dalam perebutan gelaran juara dunia Formula One musim ini yang akan ditentukan pada perlumbaan terakhir di Abu Dhabi malam ini.

Pelumba pasukan Red Bull itu berjaya meraih petak pertama selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan di Litar Yas Marina dengan catatan masa 1 minit 22 perpuluhan 1-0-9 saat.

Pencabar terdekatnya, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes pula akan bermula di petak kedua. Juara dunia 7 kali itu dan Verstappen ketika ini berkongsi 369.5 mata hasil persaingan sengit sepanjang musim ini.

Sementara itu, pemandu McLaren, Lando Norris akan bermula di petak ketiga, diikuti seorang lagi wakil Red Bull, Sergio Perez di petak keempat.

Perlumbaan ini juga akan menyaksikan juara dunia 2007, Kimi Raikkonen yang mewakili pasukan Alfa Romeo berlumba buat kali terakhir sebelum bersara.

Enam pemenang terakhir di GP Abu Dhabi sebelum ini, semuanya bermula di petak hadapan termasuk Verstappen yang merangkul kejuaraan sama pada musim lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini