Sukan Formula One. Max Verstappen merangkul kejuaraan dunia sulungnya selepas mengungguli Grand Prix Abu Dhabi di Litar Yas Marina malam tadi. Dia mengetepikan pencabar terdekat yang juga juara 7 kali, Lewis Hamilton di tempat kedua.

Hamilton yang mewakil pasukan Mercedes mendominasi sebahagian besar perlumbaan selepas memintas Verstappen seawal pusingan pertama.

Bagaimanapun, Verstappen yang memandu jentera Red Bull berjaya memberi tekanan terhadap Hamilton walaupun terpaksa menukar tayar di penghujung pusingan ke-13.

Aksi dramatik ditonjolkan apabila pelumba berasal Bergium itu berjaya mengejutkan Hamilton apabila berjaya memotong di pusingan terakhir untuk muncul juara dunia.

Verstappen menamatkan musim ini dengan memenangi 10 perlumbaan untuk mengutip 395.5 mata, manakala Hamilton mencatat 387.5 mata hasil lapan kemenangan. Mercedes bagaimanapun membawa pulang gelaran kategori Pengeluar buat kali ke-8 berturut-turut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini