Juara bertahan Formula One, Max Verstappen semakin gah di puncak selepas berjaya menawan Grand Prix, Kanada.

Dengan catatan 1 jam 36 minit 21.757 saat,pelumba pasukan Red Bull berkenaan kini 46 mata mengatasi rakan sepasukan, Sergio Perez dalam kedudukan keseluruhan pelumba.

Bermula di petak pertama, pelumba berusia 24 tahun itu bijak menghalang pemandu Renault, Fernando Alonso yang cuba memintas pada awal perlumbaan.

Strategi berkesan dan pemanduan konsisten membolehkan pelumba kelahiran Belanda itu selesa memimpin perlumbaan.

Verstappen bagaimanapun diberi saingan sengit pelumba Ferrari, Carlos Sainz pada penghujung perlumbaan, sebelum melintasi garisan penamat dengan perbezaan kurang satu saat.

Sementara itu,Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, ketinggalan tujuh saat dibelakang Verstappen. Ini adalah kejayaan pertama Verstappen di Kanada, dan kemenangan keenam untuk musim ini. Verstappen kini telah mencatat 26 kemenangan sepanjang karier perlumbaannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini