Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan telah menukar nama korporat Facebook kepada Meta. Ia sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula yang dibuat syarikat tersebut.

Penjenamaan semula itu dilakukan selepas Facebook berdepan pelbagai cabaran termasuk kes mahkamah dan isu perlanggaran privasi. Menurut Zuckerberg, Meta juga hadir dengan logo baharu.

Jelasnya, Meta yang dipanggilnya ‘metaverse’ akan mencapai satu bilion orang dalam dekad akan datang dan menjadi tempat untuk semua berinteraksi, bekerja dan mencipta kandungan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini