Facebook menukar nama korporatnya kepada ‘Meta’; sebagai salah salah satu strategi penjenamaan semula syarikat.

Namun nama platform seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp masih dikekalkan.

Serentak itu, Meta turut melancarkan logo baharu, menggantikan logo “Like” ibu jarinya.

Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg berkata, rombakan besar besaran itu dibuat selepas beberapa tahun ini Facebook berdepan pelbagai cabaran.

Antaranya kes mahkamah dan isu pelanggaran privasi berdasarkan beberapa dokumen yang dibocorkan bekas pekerja.

Nama baharu itu menggambarkan bahawa dari semasa ke semasa, pengguna tidak perlu menggunakan Facebook untuk menggunakan perkhidmatan lain syarikat itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini