Facebook akan menghentikan sistem pengenal pasti wajah dan  memadam data imbasan ke atas satu bilion pengguna.

Tindakan itu dibuat susulan kebimbangan kebocoran maklumat peribadi yang sudah lama disuarakan.

Pengumuman dibuat ketika Facebook sedang mengharungi antara krisis paling teruk pernah dihadapi.

Antaranya kebocoran dokumen kepada wartawan, penggubal dasar dan pengawal selia Amerika Syarikat sekali gus mencetuskan gesaan baharu bagi pengawasan pemerintah.

Perubahan dasar itu menghentikan ciri yang secara automatik mengenal pasti individu yang muncul dalam gambar digital pengguna Facebook.

Naib Presiden Kecerdasan Buatan syarikat induk Facebook, Meta, Jerome Pesenti berkata.. perubahan itu merupakan peralihan terbesar dalam penggunaan sistem pengenal pasti wajah dalam sejarah teknologi.

Bagaimanapun pihak syarikat tidak menjelaskan secara langsung  mengapa perubahan itu dibuat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini