Airasia Super App memperkenalkan FACES, teknologi pertama di rantau ini yang mengenal pasti penumpang menerusi pengecaman wajah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amanda Woo menjelaskan, inovasi digital ini akan mempercepat dan mempermudah semua transaksi bagi perkhidmatan yang ditawarkan aplikasi berkenaan.

Teknologi ini sekaligus memulihkan keyakinan penumpang terhadap tahap keselamatan menerusi kaedah tanpa sentuhan di lapangan terbang.

Semua pengguna AirAsia Super App di rantau ini boleh mendaftar untuk menggunakan teknologi itu melalui aplikasi tersebut.

FACES akan digunakan lapangan terbang seluruh negara dalam tempoh 12 bulan akan datang, sebelum diperluas ke Thailand, Indonesia dan Filipina tahun hadapan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini