Pereka grafik, Fahmi Reza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat hantaran di Facebooknya berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras pada 1 Jun lalu.

Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibaca dihadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.


Mengikut pertuduhan, Fahmi atau Orang Kena Saman (O-K-S) didakwa secara sedar membuat komunikasi jelek itu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Minggu lalu, OKS turut didakwa membabitkan isu peraturan kuarantin terhadap menteri, menerusi hantaran akaun Twitternya.

Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa mengikut Sesyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Sebutan semula kes pada 30 Mac.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini