Pemain kebangsaan Brunei, Faiq Bolkiah dilamar pasukan Thailand, Chonburi FC.

Ia bagaikan peluang kedua buat karier bola sepaknya selepas khidmatnya tidak disambung kelab Portugal, Maritimo.

Faiq merupakan anak saudara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Di usia 23 tahun, dia yang mempunyak enam kap bersama pasukan kebangsaan Brunei, mempunyai nilai kekayaan 13 bilion pound.

Faiq sebelum ini menyertai akademi bola sepak Southampton, Chelsea dan Leicester City sebelum berpindah ke Maritimo.

Namun dia dilepaskan kelab berkenan awal bulan ini tanpa sebarang penampilan bersama skuad utama.

Faiq kembali berpeluang untuk membuktikan kemampuannya apabila Chonburi, yang kini di tangga ketiga liga utama Thailand, sedia menggunakan khidmatnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini