Mohd Faiz Subri bakal kembali buat kemunculan di liga utama. Pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 itu memaklumkan, dia bakal menyertai semula Penang FC musim depan. Menurut Faiz, proses rundingan untuk kembali bersama kelab bola sepak itu telah berlangsung selama empat bulan lepas dan dia mungkin akan mula bermain dalam saingan Liga Super 2022.

Faiz telah pun menyerahkan surat penerimaan tawaran kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Penang FC, Soon Lip Chee. Pemain itu berjaya memenangi anugerah PUSKAS pada 2016 selepas berjaya meraih 60 peratus undian dalam talian di laman sesawang FIFA.

Faiz pernah beraksi selama empat musim bersama skuad Pulau Pinang sehingga tahun 2019 sebelum menyertai Northern Lions pada 2020 dan Kuala Kangsar FC pada tahun 2021.                

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini