Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat kebenaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membida tuan rumah pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung pada Jun 2022.

Setiausaha Agungnya, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, saingan kelayakan tersebut akan memberi kelebihan kepada skuad kebangsaan apabila dapat beraksi di laman sendiri. FAM perlu menunggu hingga Februari tahun depan berikutan proses bidaan hanya dibuka selepas majlis undian peringkat kumpulan saingan kelayakan.

Ketika ini, pihaknya sedang mengenal pasti venue, hotel dan padang-padang latihan yang berpotensi digunakan  mengikut prosedur operasi standard.

Sebelum ini, harapan menyaksikan Malaysia menjadi satu daripada enam venue pusingan ketiga kelayakan dilihat tipis selepas KBS berkata kerajaan lebih mengutamakan usaha pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19.

Bagaimanapun, FAM menjelaskan bahawa pembidaan itu tidak melibatkan penggunaan dana kerajaan, sebaliknya segala kos akan ditanggung oleh mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini