Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya ahli gabungannya, Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) berupaya melakukan transformasi menerusi semangat perpaduan yang dimiliki.

Bukan itu sahaja, usaha mengekalkan penganjuran Piala Emas Raja-Raja dan Piala Agong turut mendapat pujian. Menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, usaha PBMM itu wajar dipuji.

Dalam masa sama beliau turut berharap PBMM mampu memperkasakan kejurulatihan dan akar umbi. Untuk rekod, Piala Malaysia dan Piala Emas Raja-raja telah mencecah usia penganjuran 100 tahun.        

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini