Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menghalang mana-mana kelab Liga Malaysia yang mahu menaturalisasikan pemain masing-masing.
 
Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata meskipun proses naturalisasi pemain untuk pasukan kebangsaan ditangguhkan sementara, namun kelab tempatan masih boleh meneruskan usaha itu sekiranya mencukupi syarat.

Media sebelum ini melaporkan juara Piala Malaysia 2021, KL City FC berhasrat untuk menaturalisasikan penyerang dari Colombia, Romel Morales apabila cukup syarat lima tahun beraksi di Liga-M pada 2022.

Manakala Sri Pahang FC dikatakan dalam proses menaturalisasi Lee Tuck dari England.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini