Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), memberi jaminan barangan keperluan dan makanan termasuk bekalan bahan mentah seperti ayam yang dijual di pasar tani di seluruh negara dikenakan harga yang lebih berpatutan supaya tidak membebankan pengguna.

Pengerusinya, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata peniaga dan usahawan di bawah FAMA boleh memasarkan terus hasil pertanian mereka di pasar tani tanpa perlu melalui orang tengah.

Sekali gus harga barangan keperluan dan makanan boleh dijual dengan harga yang agak murah berbanding di tempat lain.

Menerusi jualan secara terus dari ladang, peniaga dan usahawan dapat menghapuskan orang tengah yang selama ini mendapat keuntungan sekitar 20 hingga 30 peratus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini