FAMA menyediakan sebanyak 200 bilik sejuk dan bilik penyimpanan di seluruh negara bagi persediaan menghadapi musim tengkujuh kali ini.
 
Bilik berkenaan berperanan sebagai lokasi penyimpanan hasil pertanian termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan oleh usahawan bagi mengelakkan berlakunya kekurangan bekalan ketika musim tengkujuh. 

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli, bilik sejuk dan penyimpanan berkenaan boleh digunakan oleh usahawan dengan kadar bayaran sewa yang rendah dan membantu mereka membekalkan sayur dan buah yang segar kepada pengguna.
 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini