FAMA Terengganu memberi jaminan orang ramai akan dapat menikmati barangan mentah termasuk ikan dan sayuran segar meskipun berdepan musim tengkujuh.

Terdapat 12 pasar tani dan 77 outlet FAMA akan membekalkan pelbagai barangan keperluan.

Pengarah FAMA negeri Che Ghani Che Wan berkata kebiasaannya akan terdapat sedikit kenaikan harga barangan namun tidak begitu ketara.

Beliau ditemui selepas program tinjauan mesra My Rakyat sempena Labu Street Food di pasar tani Hiliran Kuala Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini