Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) berhasrat mewujudkan kembali Liga Bola sepak tempatan di negeri itu.
 
Ia selepas 5 tahun liga tersebut dihentikan akibat masalah kewangan dan tumpuan kejurulatihan.

Menurut Presiden, Mohd Azizudin Mohd Shariff ia dijangka berlangsung selepas Aidilfitri.

Tambahnya, satu pertandingan dalam masa terdekat akan dianjurkan FAP sebagai pembuka tirai kepada penganjuran kembali kejohanan tersebut.
 
Untuk rekod, setakat ini sebanyak 80 pasukan bernaung di bawah FAP.
 
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Luar biasa Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang Di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
 
Dalam mesyuarat tersebut, Mohd Azizudin Mohd Shariff dilantik sebagai Presiden FAP yang baharu manakala jawatan Timbalan Presiden disandang Lau Keng Ee.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini