Tiada hitam putih Farah Ann Abdul Hadi akan bersara.

Itu reaksi Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) berhubung spekulasi persaraan Ratu Gimnastik negara itu.

Ketika ini atlet itu masih tersenarai dalam rancangan untuk ke Sukan SEA Hanoi pada Mei.

Menurut Setiausaha Kehormat MGF, Afrita Ariany Nasril, sehingga kini pihaknya belum menerima surat persaraan daripada atlet berusia 27 tahun itu malah Farah kekal menjadi sandaran utama skuad gimnas negara pada temasya di Hanoi.

Pada temasya Sukan SEA kali ini, skuad gimnas negara bakal diwakili skuad penuh merangkumi 21 atlet dalam kategori A dan B dengan sasaran sebanyak dua emas bagi kategori gimnastik artistik dan dua emas kategori gimnasik berirama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini