Yayasan Didik Negara yang bernaung di bawah KPM hari ini menerima sumbangan dana bernilai RM500,000 daripada Farm Fresh Berhad.

Majlis penyerahan dana itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di bangunan parlimen.

Cek sumbangan disampaikan oleh Pengarah Operasi Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal kepada Ketua Setiausaha KPM, Datuk Yusran Shah Mohd. Yusof.

Yayasan Didik Negara yang ditubuhkan pada Julai tahun ini dalam usaha melonjakkan kualiti pendidikan kebangsaan.

Dana diterima daripada pelbagai pihak akan digunakan untuk pelbagai program melibatkan bidang pendidikan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini