Setelah tertangguh beberapa kali termasuk disebabkan insiden tanah runtuh dan pandemik Covid-19 akhirnya sebahagian jalan berkembar Jalan Paya Terubong Bukit Kukus dibuka untuk kegunaan orang ramai bermula hari ini.  

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata pembukaan laluan ini akan menyelesaikan masalah hampir 60,000 pengguna jalan raya yang berulang-alik menggunakan Jalan Paya Terubong.
 
Projek bernilai RM378.2 juta melibatkan laluan sejauh 3.8 kilometer dibiayai sepenuhnya Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
 
Projek mengambil masa selama 6 tahun untuk disiapkan ini mempunyai ciri istimewa  kerana terdapat satu laluan dengan ketinggian 61.5 meter. 
 
Ini menjadikan ia lebuh raya yang paling tinggi di negara ini selepas jambatan Lebuhraya Rawang-Serendah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini