Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya akan dibuka kepada pengguna mulai 3 petang esok. Ia memiliki 12 stesen termasuk tiga stesen pertukaran ke perkhidmatan KTM. Perjalanan dari stesen Kwasa Damansara hingga stesen Kampung Batu sejauh 17.5 kilometer hanya mengambil masa 24 minit. Untuk fasa satu, 20 set tren empat gerabak disediakan.

Setiap satunya, mampu memuatkan 1,200 penumpang. Pembukaan Fasa Satu MRT Laluan Putrajaya bakal dirasmikan Perdana Menteri, 10 pagi esok. Serentak itu, 13 laluan baharu bas pengantara akan beroperasi. Tujuh daripada 12 stesen MRT laluan itu turut menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini