MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu bagi perkhidmatan berbayar yang sepatutnya dibuka pada bulan ini ditangguhkan berikutan aktiviti Pemeriksaan terperinci Akhir dan Demonstrasi Prestasi Sistem yang masih belum selesai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Sdn Bhd, Datuk Mohd Zarif Hashim, terdapat dua modul lagi yang perlu diperhalusi dalam aktiviti tersebut.

Operasi percubaaan bagi MRT laluan Putrajaya Fasa Satu telah berjalan sejak April tahun ini dan sejumlah 16 tren telah diuji diantara stesen MRT Kwasa Damansara dan Stesen MRT Kampung Batu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media terkini mengenai Projek MRT laluan Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini