Bayaran Fasa 2 Geran Khas Prihatin GKP 4.0 sebanyak RM500 kepada peniaga kecil dan sederhana PKS di seluruh negara dibuat mulai 23 November ini.

Pembayaran tersebut akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta PKS mikro yang layak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, bayaran adalah lanjutan daripada fasa 1 sebanyak 500 ringgit yang telah dibuat pada September lalu.

Beliau berkata, secara keseluruhan, setiap peniaga terbabit menerima bayaran 1,000 ringgit di bawah GKP.4.0 bagi meringankan beban kewangan mereka akibat pandemik covid 19.

Inisiatif itu melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0,GKP 2.0, GKP 3.0 dan penermia baharu GKP 4.0 dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.

Perdana Menteri berharap, dengan bantuan tunai berterusan kepada PKS mikro yang layak, dapat membantu aliran tunai di samping menggerak dan memulihkan perniagaan mereka.

Pembayaran GKP Fasa 2 ini di bawah Pakej Pelindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini