Fasa kedua proses pembinaan Hospital Papar hanya mencapai 22 peratus pembinaan berbanding jadual asal yang sepatutnya siap sepenuhnya tahun lepas.

Khairy berkata, satu pertemuan akan diadakan bersama Menteri Kerja Raya untuk melihat faktor kelewatan projek berkenaan, sekaligus membincangkan kaedah penyelesaian dan peruntukan yang diperlukan. Dalam lawatan kerjanya ke hospital berkenaan, Khairy berkata, kontrak sedia ada mungkin ditamatkan selepas penilaian dibuat bagi memastikan pembinaan hospital baharu Papar dapat disegerakan.

Mengenai dewan pembedahan yang baharu siap, namun tidak dapat digunakan, Khairy telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan meneliti status pembinaan dewan pembedahan berkenaan. Sejumlah RM86 juta diperuntukkan bagi pembinaan Hospital Papar Fasa Kedua.        

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini