Nargiza Ortikova, pelajar dari Uzbekistan membuktikan kemampuannya menguasai Bahasa Melayu, walaupun baru empat tahun mula berturut dalam bahasa itu.

Beliau dinobatkan Johan Kategori Antarabangsa pada Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021.

Dalam majlis yang berlangsung di Johor Bharu malam tadi, pelajar Uzbekistan State World Languages University yang berumur 24 tahun itu mengalahkan Hana Takahashi dari Jepun dan Youssof Haidara dari Mali.

Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Nargiza, 24 tahun, akui mula jatuh cinta terhadap tatabahasa dan kosa kata Bahasa Melayu ketika mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua yang ditawarkan di universitinya.

Dalam pertandingan itu turut menyaksikan Aminata Koutob Sano dari Guinea menjadi Johan Kategori Pelajar Antarabangsa Di Malaysia. Sementara Siti Nur Shafika Md Fakharuzi dari Institut Pendidikan Guru Malaysia menjadi Johan Kategori Alam Melayu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini