Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kapasiti fasiliti di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan lain-lain.

Menurut ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk hari ini tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menunjukkan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 melebihi 50 peratus.

Di Johor mencatatkan penggunaan 70 peratus iaitu 32 daripada 46 katil wad ICU yang diperuntukkan untuk pesakit COVID-19.

Manakala di Melaka telah menggunakan 50 peratus iaitu 12 daripada 24 katil wad ICU dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menggunakan 65 peratus iaitu 17 daripada 26 katil wad ICU.

Malaysia mencatatkan 26,832 kes baharu semalam, membabitkan 26,764 kes tempatan dan 68 import.

133 kes melibatkan kategori 3, 4, dan 5 manakala 26,699 kes lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini