Kawasan pelancongan Janda Baik, di Bentong Pahang ditutup sepenuhnya buat sementara waktu dari sebarang aktiviti pelancongan.

Ia ekoran kemusnahan banyak fasiliti pelancongan akibat kejadian banjir kepala air, 18 Disember lalu.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, seramai 33 pengusaha chalet dan hampir 300 pekerja hilang pekerjaan serta merta.

Anggaran kerugian mencecah hampir RM3 juta.

Beliau terdahulu meninjau kawasan terjejas banjir di Janda Baik.

Ujarnya, perbincangan akan dibuat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk permohonan kepada Kerajaan Persekutuan agar perhatian diberi untuk membaik pulih kemudahan asas.

Ini termasuk peruntukan khas yang wajar dipertimbangkan untuk pengusaha chalet dan resort yang terjejas teruk akibat kejadian banjir lumpur itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini