Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat memberi kelulusan penuh penggunaan vaksin Covid-19 Moderna bagi individu berumur 18 tahun ke atas di negara itu.

Ia secara tidak langsung menjadikannya vaksin kedua yang diluluskan sepenuhnya untuk membendung penularan jangkitan virus di AS.

Sebelum ini, vaksin Moderna hanya dibenarkan untuk kegunaan kecemasan di AS sejak Disember 2020.

Kini, vaksin Moderna akan dijual dibawah jenama Spikevax.

Tahun lalu, vaksin Pfizer-BioNTech menerima kelulusan penuh penggunaan bagi individu berumur 16 tahun ke atas di AS selepas mendapat kebenaran kecemasan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini