Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat meluluskan penggunaan dos penggalak Pfizer untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas.

Perkara itu diputuskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA), susulan peningkatan kes COVID-19 yang berpunca daripada varian Omicron, serta pembukaan semula sesi persekolahan.

Turut diluluskan,  dos penggalak Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun yang mempunyai sistem imun lemah, seperti mereka yang menjalani prosedur pemindahan organ.

Amerika merekodkan purata 400,000 kes COVID-19 setiap hari, tertinggi sejak pandemik tercetus dua tahun lalu.

Kadar kemasukan ke hospital turut meningkat, termasuk dalam kalangan kanak-kanak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini