Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia merekodkan aliran masuk bersih RM48.1 bilion tahun lalu, tertinggi sejak tahun 2016.

Pelaburan langsung Malaysia di luar negeri (DIA) pula berjumlah RM19.7 bilion, lebih tinggi berbanding RM10.2 bilion pada tahun 2020.

Sehingga akhir tahun lalu, FD-I terkumpul mencatat nilai lebih tinggi sebanyak RM788.8 bilion.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata, aktiviti ekonomi mulai pulih secara perlahan-lahan daripada kesan pandemik COVID-19.

Berdasarkan Laporan Pelaburan Dunia oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, aliran FDI ke negara-negara membangun di Asia meningkat 19 peratus mencecah 619 bilion dolar amerika tahun lalu.

Sektor Pembuatan merupakan penyumbang terbesar FDI dengan aliran masuk bersih RM29.5 bilion.

Rantau Asia kekal sumber utama FDI dengan nilai RM22.5 bilion, kebanyakannya diterima dari Singapura, Jepun dan Republik Korea.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini