Bintang tenis veteran Switzerland, Roger Federer sah akan terlepas kejohanan Terbuka Australia 2022. Pemain berusia 40 tahun itu akui, memerlukan rehat susulan beberapa siri pembedahan lutut yang dijalaninya.

Menurut pemenang 20 gelaran Grand Slam itu, dia hanya akan mula berlatih secara serius Januari depan dan menjangkakan hanya akan kembali ke gelanggang seawal-awalnya bulan Mac.

Katanya, dia perlu bersabar dan memberikan lebih masa untuk lututnya benar-benar sembuh.

Jurulatihnya, Ivan Ljubicic awal minggu ini berkata, Federer memang memiliki semangat tinggi untuk terus bertanding, namun keadaan fizikalnya perlu diberi keutamaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini