Agihan keuntungan Interim 3/2021 kepada peserta Felcra Bhd (FELCRA) akan dibuat mulai bulan depan, dua bulan lebih awal berbanding amalan sebelum ini. 

Agihan terbabit melibatkan jumlah keseluruhan hampir RM200 juta kepada seramai 69,390 peserta.

Menurut Pengerusi FELCRA, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, agihan juga akan disegerakan setelah proses penyelarasan akaun dan tabungan selesai.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Machang di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, Machang, Kelantan. 

Sementara itu, Datuk Ahmad Jazlan memaklumkan, FELCRA juga akan menyegerakan agihan wang Tabung Kestabilan Harga kepada peserta yang tertangguh sejak 2013 melibatkan RM44 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini