Felcra Berhad mencatat keuntungan interim RM251.1 juta   bagi tempoh kewangan 1 Mei hingga 31 Ogos 2021; melibatkan hasil daripada projek Penyatuan dan Pemulihan, P&P.

Daripada keuntungan berkenaan, 68,930 peserta daripada 719 projek menerima agihan interim 2/2021 berjumlah RM131.54 juta secara berperingkat bermula semalam. Dalam kenyataan, FELCRA memaklumkam keuntungan melonjak 155 peratus atau RM152.94 juta lebih tinggi berbanding yang direkodkan interim sama tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata harga komoditi yang tinggi menyumbang kepada kejayaan syarikat menjana keuntungan lebih positif berbanding tahun lalu.

Melangkah ke hadapan, FELCRA komited menyediakan lebih 2,500 peluang pekerjaan sebagai Operator Penuaian di seluruh negara untuk memenuhi keperluan penuaian dan pengurusan pokok. Ia mampu menawarkan pulangan yang lumayan serta pelbagai insentif bagi mereka yang berminat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini