Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)mempergiatkan Program Pembangunan Peneroka (PPP) yang dapat meningkatkan Kadar Sara Diri peneroka.

Sekali gus mengurangkan kebergantungan import makanan negara.

Sehingga kini, sebanyak 8 RIBU 543 projek PPP telah diluluskan dan memberi manfaat kepada 56,959 orang peneroka dan generasi baharu FELDA.

57 peratus daripada projek PPP adalah melibatkan aktiviti penternakan ayam dan ruminan manakala 41 peratus melibatkan aktiviti pertanian seperti tanaman cili dan timun secara fertigasi serta cendawan.

Selain itu, FELDA juga dalam perancangan untuk melaksanakan projek tanaman jagung bijian dengan kerjasama FGV Holdings Berhad bagi membantu menyelesaikan isu kenaikan mendadak harga makanan ternakan.

Ia dijangka dapat menyumbang 5 peratus daripada sasaran Kerajaan untuk mengurangkan import jagung bijian negara, sekali gus dapat menstabilkan harga.

Industri ternakan ayam juga akan dirancakkan melalui kerjasama ladang kontrak dengan Ayamas Food Corporation Sdn Bhd.

Projek dengan pelaburan 23 juta ringgit itu menyasarkan penghasilan 640,00 ekor ayam setiap pusingan di lapan unit reban dua tingkat.

Ia akan dilaksanakan melalui Koperasi Permodalan Felda (KPF) di kawasan seluas 20 ekar di FELDA Tun Ghaffar Bukit Senggeh, Melaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini