7 lokasi panas dikesan sebagai kawasan berpotensi terjejas akibat fenomena air pasang besar di daerah Kuala Muda, Kedah.
 
Justeru pemantauan terus dilaksana Polis Daerah Kuala Muda bersama agensi lain, bagi memastikan keselamatan awam terjamin selain memastikan bantuan terjejas disalur kepada kumpulan berkaitan. 

Kenyataan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah menyebut sepanjang pemantauan dua hari ini hanya satu kawasan di Kota Kuala Muda terjejas melibatkan 6 rumah dan premis persendirian yang dinaiki air sedalam kira-kira 0.1 meter.
 
Bagaimanapun, lokasi berkenaan tidak melibatkan sebarang kerosakan harta benda mahupun kemalangan jiwa.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihat berwaspada dan menghentikan sementara aktiviti-aktiviti di perairan pantai sepanjang tempoh fenomena air pasang besar bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Air pasang besar dijangka berlaku bermula semalam, hingga 7 November ini melibatkan persisiran pantai dan Sungai di Tanjung Dawai, Kota Kuala Muda serta Tikam Batu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini