Tiada sebarang limpahan air berlaku di sekitar Kuala Selangor akibat fenomena air pasang besar .

Pemantauan di sekitar kawasan tersebut mendapati  aras air di  kebanyakkan lokasi masih terkawal iaitu di bawah paras 5 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor  Ismail Zakariya berkata, seramai 33 anggotanya digerakkan mengikut giliran penugasan memantau seluruh kawasan di Kuala Selangor.

Beberapa lokasi tumpuan dikenal pasti sebagai kawasan yang berpotensi terjejas akibat fenomena air pasang besar di sekitar Kuala Selangor iaitu Bagan Sungai Yu, Bagan Pasir Penambang, Bandar Baru Kuala Selangor, Pekan Sungai Buloh, Pantai Jeram, Pantai Remis, Sungai Sembilang dan Sungai Janggut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini