Fenomena air pasang besar di Selangor yang kini memasuki  hari kedua  dilaporkan berada dalam keadaan terkawal.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pemantauan pagi ini di sekitar Klang dan Kuala Selangor mendapati tiada limpahan teruk.

Paras air di  Jeti Nelayan Kampung Tok Muda dan Jeti Nelayan Jalan Kunci Air Kapar mendapati kedudukannya di bawah lima meter.

Air pasang besar juga dilaporkan berlaku di tiga lokasi di Kuala Selangor iaitu Pantai Remis, Pantai Jeram dan Jeti Jambatan Kuala Selangor, bermula 6.50 pagi ini, namun keadaan terkawal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini