Penduduk berhampiran 12 muara sungai utama di Terengganu berisiko berikutan  kenaikan paras air sungai malam ini.

Timbalan Pengarah Jabatan pengairan dan Saliran negeri, Osman Abdullah berkata ia berikutan fenomena air pasang besar dijangka berlaku malam ini dan berlanjutan hingga 5 mac depan.

Keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan air di Kuala sungai dan berisiko banjir jika berlaku pertembungan air sungai dari Hulu yang meningkat sejak Khamis lalu. Bagaimanapun, kebanyakan sungai utama menunjukkan trend menurun dan dijangka kembali normal dalam tempoh tiga hingga empat hari lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini