Fenomena air pasang besar dan Monsun Timur laut dijangka berlaku di perairan Selangor melibatkan daerah Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Klang selama empat hari bermula Khamis ini.

Menurut Pemangku Pegawai Daerah Klang, Mohd Shahrizal Mohd Salleh, berdasarkan jadual pasang surut air laut bagi Pelabuhan Klang, paras air diramal akan berada pada paras tertinggi iaitu 5.6 meter.

Jawatankuasa bencana daerah Klang mengaktifkan bilik gerakan bencana yang akan bertindak menyelaras pengendalian bencana.

Selain itu, pasukan tinjauan turut diaktifkan bagi lokasi berisiko melibatkan pelbagai agensi.

Di Klang, 11 kawasan berisiko banjir ketika fenomena air pasang besar.

Antaranya, Kampung Tok Muda, Pandamaran, Kampung Sungai Serdang dan Pulau Ketam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini